Mungkin tidak ramai yang mengetahui akan makna perkataan ‘Balkan’ atau secara umumnya konsep yang diistilahkan sebagai ‘Balkanisasi’. Namun, perkataan atau konsep ini telah menarik perhatian saya untuk mengulas serba sedikit mengenai apa yang diperkatakan oleh Dr. Rahmat Ghazali (RG) lebih-lebih lagi apabila balkanisasi ini dikaitkan dengan siber atau erti kata lainnya, media. Konsep yang pada asalnya diterjemahkan kepada proses pemisahan negara-negara Balkan kini menjadi tuntas yang besar kepada dunia siber terutamanya internet. Jika tidak, konsep balkanisasi ini hanya akan wujud dalam pemikiran umat Islam untuk mengingatkan mereka mengenai peristiwa hitam yang berlaku di Bosnia di mana pembunuhan etnik secara besar-besaran berlaku namun kini ianya bukan sekadar akan mencipta sebuah peristiwa malah mencetuskan keterpisahan pada saban hari.
Ada kebenarannya apabila Dr.RG
memperlihatkan tentang segregasi yang dikatakan sinonim dengan Internet
kerana pengguna internet akan
mencetuskan ‘pemisahan’ antara pengguna-pengguna lain yang tidak sependapat
dengan minat, idea dan pegangan mereka. Apabila sesebuah kelompok mempunyai
minat yang sama, idea yang ingin dikongsikan akan diterjemahkan menerusi
internet supaya kelompok ini mempunyai lebih ramai penyokong dan mengharapkan
perhatian daripada orang ramai. Situasi ini mungkin akan merapatkan lagi
hubungan sesama mereka.
Namun, keadaan yang lebih buruk akan berlaku jika idea tersebut tidak dipersetujui oleh orang ramai. Kelompok kedua ini akan merasa tercabar jika mereka hanya berdiam diri tanpa berbuat apa-apa. Sudah pasti kelompok ini tidak akan membiarkan idea yang diberikan oleh kelomok pertama bebas begitu sahaja. Nyata, mereka juga inginkan penyokong mereka tersendiri. Segala-galanya bermula di internet, yang pastinya mudah dan cepat untuk menerima tindak balas lebih-lebih lagi tindak balas yang negatif. Secara jelas, ini adalah satu pernyataan yang mungkin Dr. RG ingin gambarkan tentang falsafah demokrasi yang boleh tergugat akibat daripada kebebasan internet yang melampau yang diterjemahkan menerusi artikelnya iaitu Balkanisasi Siber : Gangguan Semangat 1Malaysia.

Bukan seratus-peratus untuk saya mempersetujui
apa yang diperkatakan oleh Dr. RG, namun secara dasar yang dapat dilihat ada
kebenarannya apabila balkanisasi siber yang berlaku menjejaskan gangguan
semangat 1Malaysia. Sebagai contohnya baru-baru ini iaitu pada tarikh 20
Oktober 2012, Piala Malaysia 2012 berlangsung di mana menemukan pasukan
Kelantan dan ATM. Ucapan tahniah dan syukur boleh diberikan kepada pemain dan
penyokong kedua-dua pasukan kerana tiada tragedi buruk yang berlaku.
Namun, jika kita imbas tragedi yang berlaku pada perlawanan Piala Malaysia 2009, pastinya ia akan membawa kesan buruk bukan sahaja kepada peminat sukan bola sepak malah seluruh rakyat Malaysia. Bakar kerusi, bakar stadium, bakar trak polis dan rusuhan, itulah yang pernah berlaku pada tahun tersebut. Rakaman di bawah menunjukkan peristiwa yang berlaku pada 07 November 2009 yang di muat turun di Youtube.

No comments:
Post a Comment